“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

Friday, June 25, 2010

Benderang & Sengkuang Cina

kami jarang masak kat umah.. slalu mkn kat kedai jerk....  mlm td mak masak benderang (betul ker aku eja).. 
rupa mcm kerang + kepah + kupang..... benderang ni di beri oleh kenalan nyer last week... disebabkan sibuk giler.. baru smlm br dimasak.. mak mls nak masak benderang ni coz agak payah nak bersihkan nyer... nie ler rupa benderang tuh.....


tapi kalau dah siap masak laju jerk masuk dlm mulut.. lebih2 lagi mak masak rempah kari.. perghhhh superb... 2x aku bertambah... habis diet aku.......


ingat ker aku yang bertambah2.. rupa nyer adek2 aku pun sama.... dilayan lak dengan sawi goreng with kembung rebus goreng berlada.... tp klau tanya aku camner nak bikin masak benderang nie mmg aku surrender beb... huhuhuhu...



then ada lg satu... mak aku beli buah yg tak pernah aku tgk... ingat ker bawang merah... bila aku buka lain mcm lak rupa nyer... bau agak masam2 sket.. then aku tanya kat mak.. apa benda nie.. kata nyer sengkuang cina...  aku pun kopek ler buah tu then makan.... emmmm sedap nyer..... rasa mcm umbut kelapa jerk.... then aku pun cari info pasal buah nie.. rupa2 nyer byk kebaikan gak buah nie.. 


Bahasa Inggeris: Water Chestnut
Nama Saintifik: Eleocharis dulcis

Sengkuang Cina, sejenis sayuran berkulit coklat bertekstur seperti kertas ini ialah bahan ruji dalam masakan Cina. Walaupun dalam bahasa inggeris namanya ‘water chestnut’ namun ia bukan sejenis kacang. Ia adalah sayuran air yang tumbuh di paya. Disebabkan itu, apabila membeli sengkuang cina, ia akan diliputi sedikit lumpur. 

Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan goreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup. Antara kegunaan biasa Sengkuang Cina:

  • Campurkan dengan sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng.
  • Masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti.

Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc. 

Tip:
Apabila memilih sengkuang cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...