“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Smlm mak & abah buat makan2 sempena menyambut ramadhan al Mubarak... jiran tetangga dan kanak2 dijemput untuk menjamu selera... seperti biasa, abah ku klau dah menjemput budak2 pasti akan menghulur duit singgit dua... macam raya ler plak.... hehehhe..itulah abah..

Sempena menyambut ramadhan yg mulia nie, aku nak ambil kesempatan memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah laku dan salah kata. Sebagai manusia kita tak boleh lari membuat kesilapan.. tetapi kita tak boleh juga lupa untuk memohon segala khilaf yang dibuat. Marilah kita sama2 merebut peluang keemasan ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kita kepadaNya. Mungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan kita yang terakhir....



Rindu
aku menanti
untuk bertemu
Romadhon lagi


Ingin
aku berharap
setiap hari
Romadhon lagi

Bulan yang suci
penuh berkah
rahmah ampunan
Ilahi

Ingin
ku menyaksikan
turunnya malam
Lailatul Qodar

Malam
yang lebih baik
dari malam
seribu bulan

Malam mulia
hanya ada,
pada Romadhon
bulan puasa

Marhabban ya Romadhon
marhabban, ya Romadhon
Marhabban ya Romadhon
marhabban, ya Romadhon


Alangkah sedih,
bila t’lah ditinggal Romadhon
ku takut tak berjumpa lagi
di tahun depan


Bulan penuh pahala
yang diridho akan datang
tak akan ku dapat
dikeseharian


Ya Alloh, ampunkanlah
diri hamba, yang berdosa
ya Alloh, terimalah
semua, amal ibadahku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...