“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

Sunday, November 28, 2010

Bakar Lemak & Kereta

Pagi nie aku terlewat untuk jogging, so aku pun mencari2 idea untuk replace activity bakar lemak ku... setakat kemas & mog umah tu biasa jerk.... so aku pun basuh bilik air... tonyoh punyer tonyoh leh tahan gak peluh kuar..... tp tak ler sehebat kalau berjogging kan.... tak puas hati nyer pasal aku pun gie cuci kete... siap nyanyi2 lagi...  emmmm baru puas .... 


tapi masih ada lg y glom puas... sejak aku ada kete .. lom pernah sekali pun aku dok bukak bonet engine, apatah lagi nak tau pasal engine nie kan.. so smlm aku suruh abah ajar sket ilmu kete nie.. kat mana nak tambah air, tukar minyak hitam, air bateri, minyak engine & coolant. nie aku share 10 tips penjagaan kete dari http://mybengkel.blogspot.com. pompuan pun kete ambek tahu gak pasal kete nie kan..

1.     Sebelum nak naik kereta, periksa tayar cukup angin ker tak. Periksa jugak xde bende-bende pelik yang melekat kat bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta.

2.     Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu hingga enjin naik pada kadar RPM yang normal, pastu baru jalan.

3.     Bila enjin dah hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sikit dan tekan brek. Jika kereta berhenti, baru boleh sambung jalan.

4.     Seminggu sekali kalau boleh, periksa semua lampu brek termasuk lampu brek ketiga. Pastikan ia berfungsi.

5.     Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada paras antara minimum dan maksimum.

6.     Buka penutup minyak brek(botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya cukup. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk Kancil biasanya ade kat bahagian depan dekat dengan belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut kemudian masukkan balik jarum tu. Selepas lima saat cabut balik jarum tu dan periksa level minyak. Minyak mesti berada pada paras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang sepatutnya. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi ade di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Buat macam periksa minyak enjin tadi.

7.     Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ade di catat kat bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Kalau xde, boleh rujuk kat tempat pam(biasanya ade kat situ).

8.     Setiap 3 bulan, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar untuk periksa alignment tayar tu.

9.     Setiap 5000km pergi ke workshop, tukar minyak enjin, tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama yang pakai contact point(Petnam), suruh mekanik cuci bende tu setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak enjin.

10.  Last sekali, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergi la vacuum kereta tu, especially kat bahagian kusyen(cuba tepuk, tengok habuk yang keluar dari kusyen tu).

Thursday, November 18, 2010

Eidal Adha 2010

Selesai pulang dari masjid bersembahyang raya, kami sekeluarga bermaaf2an sesama kami. Kemudian kami menjamu selera dengan juadah yang emak sediakan. Seperti biasa rendang, kari dan lemang rebus pasti tak pernah miss... tahun nie mak masak nasi tomato.... 

nasi impit, pulut rebus, rendang ayam, ayam masak merah, kari ayam kuah kcang dan nasi tomato
daging takder... hehehe

nie ler pulut lemang kukus tuh... inti kacang

kek sarang lebah...1st time aku buat untuk raya korban nie.. sib baik menjadi

last...my puding kastad koktel.....

 Sesudah menjamu selera, abah dan anak2 lelakinya yg siap dgn parang dan kapak ke padang masjid untuk turut serta menyembelih lembu. Tahun nie kami sekeluarga telah mengorban seekor lembu. Lembu kami adalah lembu pertama yg telah disembelih. Tapi sayang tak sempat nak ambil gambar ketika sembelih. 

nie ler kepala lembu kami tuh.... 

last sekali kami layan sup tulang lembu kat atas tuh...

Sunday, November 14, 2010

Peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih puteranya, Nabi Ismail

SEWAKTU Nabi Ismail mencapai usia remaja, Nabi Ibrahim mendapat mimpi baginda harus menyembelih puteranya, Nabi Ismail. Oleh sebab mimpi seorang nabi satu dari cara-cara turunnya wahyu Tuhan, perintah yang diterimanya harus dilaksanakan. Sungguh berat ujian dihadapi Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah 
yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui dimana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya."

Nabi tbrahim tidak membuang masa. Berangkatlah baginda ke Mekah untuk menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan. Sebagal anak soleh dan taat kepada Allah dan bakti kepada orang tua, Ismail berkata: 
"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku, insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah." "Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darahku yang dapat menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatlah penyembelihan agar ringankan 
penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan terakhir sampaikan salamku kepada ibuku..,"

Saat penyembelihan ngeri tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkan di atas lantai, lalu diambillah parang tajam - diletakkan di leher Ismail dan penyembelihan dilakukan. Tetapi parang itu menjadi tumpul di leher Ismail dan tidak berfungsi sebagaimana diharapkan.

Dalam sedih kerana gagal menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim, engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan." Sebagai ganti, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing. Inilah asal sunah berkorban dilakukan umat Islam pada Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Rujukan: Kisah Para Nabi & Rasul, Abdullah Ahmad Mubarak: Al-Hidayah Publishers

Unta nie aku ambil gambar ketika melawat ladang unta semasa Haji 2008.
Berangan-angan nak korban unta pula lepas nie....


Thursday, November 4, 2010

KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.


Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.




Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."


Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Thursday, October 28, 2010

Abraj Al Bait Tower


Menara Hotel Jam Diraja Mekah di Kompleks Abraj Al Bait yang berukuran diameter 43 meter itu buat pertama kali secara rasmi mula berdetik tepat tengah malam 1 Ramadan 1431 Hijrah. Detik itulah menjadikan jam tersebut dan kedudukannya yang begitu hampir dengan Masjidil Haram, sebagai penjaga masa bagi waktu rasmi dunia Islam. Atau lebih tepat bermulalah apa yang dipanggil sebagai Waktu Standard Arab (AST), iaitu tiga jam terkemudian dari waktu Greenwich Mean Time (GMT). Sesetengah menyifatkan AST sebagai satu alternatif yang ideal selain GMT. 








Apabila puncaknya siap sepenuhnya, yang turut dihiaskan dengan replika bulan sabit sebagai simbol agama Islam, keseluruhan puncak menara jam itu akan berada kedudukan setinggi 600 meter. Ini menjadikan ia struktur bangunan kedua tertinggi di dunia. Iaitu 59 meter lebih tinggi dari Menara 101 tingkat di Taipei Taiwan. Ia bagaimanapun 251 meter lebih rendah dari Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter - tertinggi di dunia.
Namun fakta yang lebih menarik, Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.



Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.
Setiap empat muka jam di puncak Menara Jam Diraja Mekah itu tidak sahaja menjadi satu mercu tanda yang hebat kepada dunia Islam itu amnya namun ia bakal mempunyai fungsi yang pelbagai.

Namun yang uniknya setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).
Ia adalah cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.
Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.




Selain jam itu sendiri, bangunan Menara Jam Diraja Mekah sangat istimewa kepada umat Islam apabila ia menempatkan dua institusi penting yang pastinya menjadi satu kunjungan wajib oleh umat ke kota suci itu.
Ia ialah Lunar Observation Centre yang selain untuk tujuan pencerapan, ia juga berfungsi untuk melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh permulaan Ramadan dan dua perayaan besar, Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Sebuah Muzium Islam juga ditempatkan di bangunan menara itu antara lain bagi memelihara warisan khazanah Islam untuk dijadikan tatapan generasi akan datang.





Bolehkan pelawat menaiki Menara ini? Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.
Tentunya ia satu pengalaman yang sangat menarik apabila berada di balkoni tersebut yang antara lain bangunan Kaabah yang tidak sekadar menjadi kiblat kepada umat Islam sehinggalah kita melepaskan kerinduan dengan mengucapkan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang makamnya sayup-sayup pada penglihatan mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...